1. 4/12/2009 - 8.30am. Kami bertolak dari Kuala Lipis menuju ke Banting Selangor iaitu di Pantai Morib untuk perjumpaan Hari Keluarga 2009 yang akan diadakan dari 3-5 hb 12.2009

2. Kami sampai di KL lebih kurang 11.00 am dan ambil kesempatan meninjau2 di IKEA. Banyak perabot yang berkenan, tapi harganya tak berapa berkenan, tapi adalah dua tiga jenis yang rasa nak ambik bila masuk rumah baru nanti. Ingat nak tengok kabinet daput..mmm memanglah cantik dan terkini, tapi rasanya tak berapa nak mampu..lain kali jelah.

3. Selepas jumaat dalam pukul 3.30pm, kami terus bertolak ke Morib, sebenarnya tak pernah sampai ke Morib dan sampai di sana lebih kurang pukul 5.00 pm. Rupa-rupanya dah ramai yang sampai dari tengahari lagi.

4. Malam tak ada apa2 aktiviti..mungkin dah kepenatan dan selepas borak2 dan sembang2 dalam pukul 12.00pm, masing-masing masuk bilik dan tidur.

5. Arijah tak lena tidur sebab kuat sangat main, mengigau2.

6. Pagi 5/12/09 setelah selesai sarapan, ajak budak2 tu mandi laut, apa lagi semua terus bersiap untuk mandi. Tapi air laut di sini agak keruh dan tidak sejernih di pantai timur. Tapi yang oknya ombak tak kuat dan bolehlah budak2 tu mandi sampai biru mulut.

Posted by KeluargaKu Friday, December 4, 2009 0 comments

Subscribe here