Bertempat di Padang Bola Jaring IPGM Kampus Temgku Ampuan Afzan berlangsung Sukaneka Pra-Sekolah IPGM TAA tahun 2009. Sukaneka ini disertai oleh pelajar-pelajar 5 tahun dan 6 tahun Pra-Sekolah. Ia di anjurkan oleh Unit Pra-Sekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM TAA dan dibantu oleh guru-guru pra dan juga guru pelatih pra-sekolah semester 2.

Banyak acara telah dipertandingkan seperti melombat sambil duduk atas bola, lari atas terompah, gulung mummie dan macam-macam lagi. Ibu-bapa pun turut terlibat dalam acara ini. Sungguh meriah dan ceria walaupun dilangsungkan dalam keadaan padang yang sedikit basah.

Setelah selesai acara sukaneka, bermula majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh En Ghaffar selaku wakil pengarah dan akhirnya acara sukaneka terakhir iaitu makan nasi ayam...dan majlis tammat jam 11.30 pagi

Posted by KeluargaKu Friday, November 20, 2009 0 comments

24/9/2009 Dah masuk 5 syawal tak tahu lagi nak pergi mana-mana. Akhirnya kami sekeluarga bercadang nak habiskan masa mandi di Lubuk Simpon, Taman Negara Malaysia, Pahang. Pagi2 kami menyiapkan bekalan makanan dan bertolak ke Taman Negara jam 9.00 pagi.

Lebih kurang jam 10.00 pagi, kami sampai ke Taman Negara, kira-kira 45 minit perjalanan dari Sg Retang.



Bergambar beramai-ramai sebelum menaiki bot untuk ke seberang, Taman Negara

Di dalam bot, ramai pelancong luar datang bahkan lebih ramai dari pelancong tempatan.

Sedang seronok mandi manda di Lubuk Simpon, walaupun pada mulanya ramai yang merungut kerana jarak berjalan agak jauh jugak iaitu kira-kira 800 m (hampir 1km), tapi bila sampai masing-masing lupa kepenatan berjalan kerana rasa teruja berjumpa dengan sungai yang airnya sangat sejuk dan menyegarkan. Akhirnya pukul 2.00pm kami bertolak balik setelah menghabiskan semua makanan yang dibawa.

Posing di sebelah Mutiara Taman Negara Resort sebelum bertolak balik.

Posted by KeluargaKu Thursday, November 19, 2009 0 comments



Bersama-sama rakan-rakan yang mendapat 5A

Alhamdulillah...uca[an syukur ku lafazkan ke hadrat Allah swt atas kejayaan anakanda sulungku Nur Aqilah Rasyiqah yang telah mendapat kejayaan pertamanya dalam peperiksaan UPSR...

Posted by KeluargaKu 0 comments

Subscribe here