24/9/2009 Dah masuk 5 syawal tak tahu lagi nak pergi mana-mana. Akhirnya kami sekeluarga bercadang nak habiskan masa mandi di Lubuk Simpon, Taman Negara Malaysia, Pahang. Pagi2 kami menyiapkan bekalan makanan dan bertolak ke Taman Negara jam 9.00 pagi.

Lebih kurang jam 10.00 pagi, kami sampai ke Taman Negara, kira-kira 45 minit perjalanan dari Sg Retang.



Bergambar beramai-ramai sebelum menaiki bot untuk ke seberang, Taman Negara

Di dalam bot, ramai pelancong luar datang bahkan lebih ramai dari pelancong tempatan.

Sedang seronok mandi manda di Lubuk Simpon, walaupun pada mulanya ramai yang merungut kerana jarak berjalan agak jauh jugak iaitu kira-kira 800 m (hampir 1km), tapi bila sampai masing-masing lupa kepenatan berjalan kerana rasa teruja berjumpa dengan sungai yang airnya sangat sejuk dan menyegarkan. Akhirnya pukul 2.00pm kami bertolak balik setelah menghabiskan semua makanan yang dibawa.

Posing di sebelah Mutiara Taman Negara Resort sebelum bertolak balik.

Posted by KeluargaKu Thursday, November 19, 2009

0 comments

Post a Comment

Subscribe here