Bertempat di Padang Bola Jaring IPGM Kampus Temgku Ampuan Afzan berlangsung Sukaneka Pra-Sekolah IPGM TAA tahun 2009. Sukaneka ini disertai oleh pelajar-pelajar 5 tahun dan 6 tahun Pra-Sekolah. Ia di anjurkan oleh Unit Pra-Sekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM TAA dan dibantu oleh guru-guru pra dan juga guru pelatih pra-sekolah semester 2.

Banyak acara telah dipertandingkan seperti melombat sambil duduk atas bola, lari atas terompah, gulung mummie dan macam-macam lagi. Ibu-bapa pun turut terlibat dalam acara ini. Sungguh meriah dan ceria walaupun dilangsungkan dalam keadaan padang yang sedikit basah.

Setelah selesai acara sukaneka, bermula majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh En Ghaffar selaku wakil pengarah dan akhirnya acara sukaneka terakhir iaitu makan nasi ayam...dan majlis tammat jam 11.30 pagi

Posted by KeluargaKu Friday, November 20, 2009

0 comments

Post a Comment

Subscribe here